Pages

Main Menu

Minggu, 03 Februari 2013

5 Smartphone Android Bawah RM500 Yang Mampu Dimiliki!


5 Smartphone Android Bawah RM500 Yang Mampu Dimiliki!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Haishh, terliur pulak orang dah ramai guna handphone Android sekarang ni. Aku jealous! Lebih-lebih lagi time baca review Arib Ismail yang agak *tett* pasal Xperia X10 Mini dia, serius aku jealous tahap gaban masa tuu. Paling tak tahan, aku jealous tengok diorang (user android) main game burung lawan makhluk hijau yang agak huduh itu. Jika kalah, si makhluk huduh itu akan senyum oink oink mereka. Haha, sumpah best. Aku pun nak jugak! Cutt! Haha, okaylahh. Kalini, Arib akan review 5 smartphone Android yang mampu dimiliki oleh pengguna. Nampaknya fenomena Android semakin parah. Pada yang kemaruk nak phone Android tuu, wajib kena baca nihh. Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Ahha, inilah realiti. Ramai yang tanya kat Arib tentang harga handphone Android yang paling termurah sekarang ni. Jenama tak kisah, asalkan Android.

"Arib! hp android apee yang murah sekarang ni?"

"Best doe handphone kau. Game Need For Speed Shift sumpah best gila. Gerakkan handphone jew. Macam iPhone. Berapa beli?"

 

"Arib, ada tak handphone Android bawah RM500?"

"Aku manelaa ade duit nak beli Android. Mampu pakai Symbian jeww." <--- Komen ini serius. Symbian pun sekarang ni lagi mahal daripada Android. Itu sebab Symbian hebat! Hehe, walaupun Arib dah jadi pengguna Android, tapi still sayangkan Symbian lagi u know (:

Kejap-kejap, apa yang best sangat dengan Android ni sampai orang tergila-gila nak beli? Cuba cerita sikit. Okay, korang tahu tak, Android ni korang boleh buat macam-macam. Install software boleh, nak masukkan games setanding macam iPhone pun boleh. Apa yang best, aplikasi yang ditawarkan kebanyakannya yang awesome dan percuma! Senang cerita, Android ni hampir setanding dengan sistem operasi iOS dalam iPhone tuu. Kalau korang suka dengan internet, Android mesti kena pilih. Sebabnya internet browser dalam Android, fuhh, paling terlaju untuk mobile device setakat ni. Kelajuan memang rasa macam browsing kat PC kowt.

  

Selalunya smartphone Android ni sebagai merupakan option kedua untuk orang yang tak mampu nak beli iPhone. Untuk geek, diorang suka beli smartphone Android ni sebab boleh customize dan tweak macam-macam. Apa yang best, korang boleh overclock smartphone Android ni. Dengan overclock, korang boleh tingkatkan lagi kelajuan processor smartphone korang tu. Dari 600 MHz korang boleh up kan jadi 710 MHz. Serius dah macam PC.

Okay, here we go. Kat bawah ni antara smartphone Android di bawah budget RM500 yang mampu korang miliki!

1. Sony Ericsson Xperia X10 Mini - RM470

Suka dengan smartphone bersaiz mini? Anda pastinya suka dengan smartphone keluaran Sony Ericsson ini. Sony Ericsson Xperia X10 Mini hadir dengan ukuran 83x50x16mm dan seberat 88g memudahkan korang membawanya. Selain itu, Sony Ericsson X10 Mini dilengkapi dengan skrin capacitive 2.55 inci TFT 16.7 Juta warna beresolusi 240x320 pixels serta menyokong fungsi GPS untuk kemudahan navigasi dan geotagging. Untuk sambungan internet pula, korang boleh bersambung ke rangkaian 3G HSDPA 7.2 Mbps, Bluetooth 2.1 dengan A2DP dan juga WiFi 802.11 b/g. Manakala untuk fungsi penggambaran, Sony Ericsson X10 Mini dilengkapi dengan lensa kamera 5 Megapixel auto fokus dengan LED Flash beresolusi 2560x1920. Sony Ericsson X10 Mini menggunakan sistem operasi Android 1.6 (Donut) serta menyokong peningkatan ke Android 2.1 (Eclair).



Sesuai Untuk: Yang Gemarkan Fotografi

2. Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro - RM499


Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro hadir dengan spesifikasi sama seperti Sony Ericsson X10 Mini, perbezaannya ialah X10 Mini Pro didatangkan dengan keypad slide QWERTY. X10 Mini Pro juga hadir dengan rekaan yang lebih tebal iaitu 90x52x17mm serta mempunyai jisim yang lebih berat daripada X10 Mini iaitu sebanyak 120g.



Sesuai Untuk: Kaki Messaging

3. CSL Mi300 - RM499

Korang penggemar barangan Buatan Malaysia? Mungkin anda sukakan smartphone dari CSL jenama Buatan Malaysia ini. CSL Mi300 hadir dengan ukuran 114.9x56.8x12.6mm dan seberat 110g. Selain itu, CSL Mi300 dilengkapi dengan skrin capacitive 3.2 inci TFT 256000 warna beresolusi 320x480 pixels serta menyokong fungsi GPS untuk kemudahan navigasi serta geotagging. Untuk sambungan internet pula, korang boleh bersambung ke rangkaian 3G HSDPA 7.2 Mbps, Bluetooth 2.1 dengan A2DP dan juga WiFi 802.11 b/g. Manakala untuk fungsi penggambaran, CSL Mi300 dilengkapi dengan lensa kamera 5 Megapixel auto fokus dengan LED Flash beresolusi 2592x1944. CSL Mi300 menggunakan sistem operasi Android 1.6 (Donut) serta menyokong peningkatan ke Android 2.1 (Eclair).


Sesuai Untuk: Yang Gemarkan Multimedia

4. Sony Ericsson Xperia X8 - RM499

Setelah Sony Ericsson melancarkan siri Xperia X10, kini Xperia X8 sebagai menyambung warisan siri Xperia X10. Sony Ericsson Xperia X8 hadir dengan ukuran 99x54x15mm dan seberat 104g. Selain itu, Xperia X8 dilengkapi dengan skrin capacitive 3.0 inci TFT 16 Juta warna beresolusi 320x480 pixels yang sesuai untuk penggemar permainan video dalam smartphone. Xperia X8 menyokong fungsi GPS untuk kemudahan navigasi dan juga geotagging. Untuk sambungan internet pula, korang boleh bersambung ke rangkaian 3G HSDPA 7.2 Mbps, Bluetooth 2.1 dengan A2DP dan juga WiFi 802.11 b/g. Manakala untuk fungsi penggambaran, Xperia X8 mempunyai fungsi kamera pada aras bawah daripada Xperia X10 Mini. Xperia X8 dilengkapi dengan lensa kamera 3.2 Megapixel beresolusi 2048x1536 tanpa auto fokus dan LED Flash. Sony Ericsson Xperia X8 menggunakan sistem operasi Android 1.6 (Donut) serta menyokong peningkatan ke Android 2.1 (Eclair).



Sesuai Untuk: Gemarkan Trendy

5. Samsung Galaxy 5 - RM499

Korang berminat dengan siri Samsung Corby? Ingin memilikinya dalam versi smartphone? Samsung Galaxy 5 jawapannya. Samsung Galaxy 5 hadir dengan ukuran 108x56x12.3mm dan seberat 102g. Selain itu, Samsung Galaxy 5 dilengkapi dengan skrin capacitive 2.8 inci TFT 256000 warna beresolusi 240x320 pixels serta menyokong fungsi GPS untuk kemudahan navigasi dan juga geotagging. Untuk sambungan internet pula, korang boleh bersambung ke rangkaian 3G HSDPA 7.2 Mbps, Bluetooth 2.1 dengan A2DP dan juga WiFi 802.11 b/g. Manakala untuk fungsi penggambaran, Samsung Galaxy 5 mempunyai fungsi kamera yang agak asas. Samsung Galaxy 5 dilengkapi dengan lensa kamera 2 Megapixel beresolusi 1600x1200 tanpa auto fokus dan LED Flash. Samsung Galaxy 5 menggunakan sistem operasi Android 2.1 (Eclair) dan buat masa ini, tiada lagi pengumuman rasmi daripada Samsung berkaitan dengan peningkatan Samsung Galaxy 5 ke Android 2.2 (Froyo).


Sesuai Untuk: Penggemar siri Samsung Corby

Kesemua paparan harga smartphone di atas berdasarkan harga AP set. Untuk terminologi, AP bermaksud Approval Product. Beza handphone AP set dan Original set ialah perbezaan pengedar dan juga waranti. Saya ambil contoh di sini, handphone Nokia 3310. Untuk makluman, Nokia 3310 AP set juga dibuat di kilang Nokia. Cuma semasa diedarkan, ia tidak melalui pengedar yang diiktiraf oleh Nokia. Kalau handphone itu diedar melalui pengedar yang diiktiraf Nokia, ia akan bertukar menjadi set Original dan sudah tentu harganya lebih mahal. Untuk waranti, AP set selalunya memberi servis waranti selama 15 bulan berbanding Original set yang menetapkan hanya selama 12 bulan dari tarikh pembelian sahaja.

Apa yang membuatkan handphone Original set mahal, waranti 12 bulan itu akan recover untuk semua kerosakan manakala waranti 15 bulan AP set hanya recover certain kerosakan sahaja. Untuk aksesori pembelian, ia lengkap sama seperti Original set jika anda memilih untuk membeli handphone AP set dalam keadaan Full Set. Ya, AP set membenarkan pembeli untuk membeli sama ada handphone sahaja atau Full Set yang lengkap dengan kotak dan aksesori sama seperti Original set.


Arib merupakan salah seorang pengguna handphone AP set dan untuk makluman, Arib tidak pernah membeli sebarang handphone Original set setakat ini. Buat apa nak bayar mahal-mahal untuk waranti? Melalui pengalaman Arib la, handphone AP set yang Arib beli tidak pernah lagi mengalami sebarang kerosakan. Nokia 5320 XpressMusic salah satu handphone AP set yang Arib pernah beli. Tiga tahun Arib menggunakannya. Sudah terjatuh banyak kali, tapi still berada dalam keadaan yang kukuh. Tidak pernah pula meragam. Ini kerana seperti yang Arib cakap, AP set dan Original set juga dibuat di kilang yang sama. Cuma pengedar sahaja yang berlainan. Kualiti tetap sama.

sumber : http://arib2020.blogspot.com/2011/06/buying-guide-5-smartphone-android-bawah.html

0 komentar:

Posting Komentar